BERITA SEMASA 6 APRIL 2023
Trend mencairkan atau menjual emas untuk mendapatkan wang tunai bagi menampung perbelanjaan keluarga turut berlaku di Kuala Pilah,Negeri Sembilan, lapor wartawan Sinar Harian,Norafidah Assan
Ia berikutan harga komoditi emas berkenaan di sini mencecah RM291 segram sekali gus mendorong kebanyakan pemilik aset itu berbuat demikian terutamanya bagi menyambut Hari Raya Aildilfitri nanti.
Perkara itu diakui Pengurus Kedai Emas Nur Jannah Kuala Pilah, Noorhasliza Abd Rahman yang memaklumkan disebabkan situasi itu kakitangan kedai berkenaan tidak menang tangan melayani pelanggan sejak kedai dibuka jam 10 pagi Khamis.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik : Bensoud/Downtown
#BeritaSemasa #SinarHarian