[TERKINI] Rasuah: Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah tawar RM500,000

AWANI 2023-04-05

Views 0

Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah atas tuduhan menawarkan rasuah berjumlah RM500,000 untuk menyegerakan proses pengambilalihan pengurusan dan konsesi Menara Kuala Lumpur.

Pengarah Hydropshoppe Sdn Bhd, Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh didakwa menawarkan rasuah RM500,000 setahun selama 15 tahun kepada Tan Ser Lay untuk faedah bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa bagi mempercepatkan proses pengambilalihan.

Share This Video


Download

  
Report form