Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inkslusif UKM (MINDA-UKM), Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata strategi menangani kos sara hidup terlalu tertumpu kepada soal harga barang, sedangkan isu pokok yang perlu diberi perhatian ialah soal kemampuan pengguna membeli barangan keperluan. Oleh yang demikian, tumpuan perlu diberikan bukan semata-mata kepada angka inflasi, sebaliknya fokus kepada komponen inflasi yang memberi kesan langsung kepada kos hidup rakyat.