Lelaki pukul imam dihantar ke Hospital Permai
BERITA SEMASA 31 MAC 2023
Mahkamah Majistret Kuantan memerintahkan seorang lelaki dipercayai memukul imam jemputan di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 , Kuantan, Pahang pada Ahad lalu, dihantar ke Hospital Permai, Johor Baharu bagi mendapatkan pemantauan dan laporan psikiatri.
Perintah terhadap Ahmad Paijan Abd Rashid itu dikeluarkan oleh Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
Sebelum itu, Ahmad Paijan ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah hanya menjawab 'saya terdengar suara'.
Artikel: https://bit.ly/3KmsVf2
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian