BERITA SEMASA 30 MAC 2023
Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution menjelaskan lima faktor utama yang boleh mengganggu mental anggota polis.
Jelasnya, masalah hubungan, tekanan, masalah menyesuaikan diri di penempatan baharu turut menyumbang kepada masalah mental anggota polis.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli yang memintanya menyatakan langkah bagi memastikan isu kesihatan mental dapat dibendung dalam kalangan anggota polis terutama yang memegang senjata api.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian