BERITA SEMASA 29 MAC 2023
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor menegur tindakan beberapa ahli Parlimen yang membuat ‘mesyuarat lain’ ketika persidangan berlangsung.
Teguran itu dibuat Ramli susulan ada beberapa ahli Parlimen ‘berbincang’ ketika Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023, bertujuan memasukkan peruntukan kesalahan menghendap dibentangkan.
RUU itu dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian