Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sederhana antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus pada 2023, disokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh. Bank Negara Malaysia (BNM) berkata ekonomi dijangka menghadapi cabaran daripada pertumbuhan global yang semakin perlahan.