Penganggur kelar ibu dan adik, diarah dapatkan rawatan psikiatri

AWANI 2023-03-28

Views 1

Mahkamah Sesyen Ayer Keroh memerintahkan seorang penganggur dihantar ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan psikiatri susulan kes mengelar ibu dan adik kandungnya, tiga minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Hidayat Abu Samad, 24 tahun diarah berbuat demikian selepas membuat pengakuan bersalah atas dua pertuduhan terhadapnya yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan hakim Mohd Sabri Ismail.

Share This Video


Download

  
Report form