Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan membidas sikap penyokong dan pemimpin pembangkang yang menganggap lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi hanya akan berjaya sekiranya dapat memasuki Kaabah.
Menurut Mohd Sany, terdapat dua matlamat yang perlu rakyat harapkan ketika pemimpin negara mengadakan lawatan ke luar negara iaitu pelaburan dan membina hubungan baik.