Malaysia dijangka memerlukan pelaburan USD415 bilion untuk menjayakan usaha peralihan tenaga sehingga 2050. Ketua Pengarah Agensi Tenaga Boleh Baharu Antarabangsa (IRENA), Fransesco La Camera berkata sebahagian besar pelaburan, iaitu 80 peratus diperlukan untuk usaha menaik taraf dan meningkatkan keanjalan sistem grid pembekalan elektrik.