Laungan ‘Hidup Tan Sri' sambut Muhyiddin di SPRM

Sinar Harian 2023-03-09

Views 29.6K

Laungan ‘Hidup Tan Sri' sambut Muhyiddin di SPRM

BERITA SEMASA 9 MAC 2023

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada Khamis kira-kira jam 11.10 pagi menaiki kenderaan Toyota Vellfire warna hitam, lapor wartawan Sinar Harian Muhammad Afham dan Hisyamuddin Ayub.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu kemudian disambut oleh beberapa pemimpin antaranya Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beberapa penyokong turut mengerumuni Muhyiddin dengan laungan 'Hidup Hidup, Hidup Tan Sri'.

Artikel: https://bit.ly/3L4hGJ4

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa

Share This Video


Download

  
Report form
RELATED VIDEOS