Warisan bahagian Tawau menafikan dakwaan 1500 pemimpin ahli parti itu keluar parti susulan satu sidang media yang diadakan bekas Timbalan Ketua Wira pusat parti itu pada Ahad.
Ketua Bahagian Warisan Tawau, Mohammad Ayid dalam satu sidang media di pejabat bahagian Tawau berkata sebahagian besar 30 pemimpin dan cawangan yang didakwa keluar parti itu belum berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).