Penduduk terkilan gagal selamatkan barang berharga
BERITA SEMASA 5 MAC 2023
Penduduk Kampung Parit Yaani, Batu Pahat, Johor meluahkan perasaan terkilan apabila mereka gagal menyelamatkan beberapa barangan berharga sejak rumah mereka dinaiki air pada Jumaat,lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Seorang penduduk yang ditemui, Muhammad Helmi Ashraf Mazlan berkata, hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan air Sungai Terusan di kampung berkenaan melimpah dan mengakibatkan banjir.
Menurutnya, dia yang kini ditempatkan di PPS SK Seri Telok cuba untuk menyelamatkan barangan berharga di rumahnya itu namun gagal kerana air naik agak cepat dan tinggi.
Artikel: https://bit.ly/3IPm4Zx
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian