Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengesa pihak polis untuk menyiasat kandungan filem 'Mentega Terbang' yang didakwa mempunyai kandungan berunsur hasutan.Menurut Setiausaha Agungnya, Hafiz Nafiah, pihaknya telah membuat laporan polis untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan dibawah Akta Hasutan 1948.