Kes audit 1MDB: Mahkamah bebaskan Najib, Arul Kanda

Sinar Harian 2023-03-03

Views 22.1K


BERITA SEMASA 3 MAC 2023

Datuk Seri Najib Razak dan Arul Kanda Kandasamy dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, atas pertuduhan meminda laporan audit syarikat 1MDB.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wujud kes prima facie bagi pertuduhan itu.

Datuk Seri Najib yang merupakan bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan iaitu perlindungan daripada tindakan sivil atau jenayah berkaitan peranannya di dalam perjalanan operasi syarikat 1MDB.

Artikel: https://bit.ly/3INY8Wm

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasaa #SinarHarian

Share This Video


Download

  
Report form