Seorang wanita yang merupakan bekas jurutera mengambil keputusan bersara dengan awal 10 tahun lalu dan menceburkan diri dalam dunia perniagaan digital secara aktif. Nurul Husna Ramli kini merupakan pemilik jenama Rizqi Terus Maju Market menjual barangan basah segar dan membantu mempromosikan produk-produk usahawan kampung menerusi jenamanya itu.