Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memberi jaminan penyelesaian isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan memberi manfaat kepada Sabah dan Sarawak secara inklusif.
Menurutnya, walaupun beliau berasal dari negeri Bumi Kenyalang, ia tidak akan memberi kelebihan kepada Sarawak sahaja dalam perkara melibatkan MA63.