Seorang banduan Penjara Sungai Udang maut selepas dipukul oleh rakan selnya, dalam kejadian yang berlaku pada 17 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa yang berusia 47 tahun itu disahkan meninggal dunia pada Khamis, selepas bertarung nyawa di hospital selama tujuh hari.