Jiwa SME | Digitalisasi rancakkan jualan produk IKS di Agro Bazaar

AWANI 2023-02-23

Views 0

Ketika memulakan perniagaan Agro Bazaar pada 2013, saban hari Zakiah Yaakob hampir jemu menunggu pelanggan datang ke kedainya.

Ketika itu dia hanya bergantung pada promosi 'mulut ke mulut' dan hanya beberapa pelanggan mengunjungi kedainya di Kompleks Datuk Kailan, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Namun, selepas berjinak-jinak dengan media sosial tiga tahun kemudian, perniagaan Agro Bazaar milik Zakiah mula menunjukkan perkembangan apabila semakin ramai pelanggan mengunjungi kedainya untuk membeli pelbagai produk makanan sunnah seperti minyak zaitun, kurma dan madu, biskut raya, produk sejuk beku serta produk sedia dimakan.

Share This Video


Download

  
Report form