Kerosakan tiga struktur jejambat dan tiang yang retak berhampiran stesen LRT Bandaraya disebabkan oleh 'pergerakan tanah' yang dipercayai daripada kerja-kerja tapak pembinaan bersebelahan.
Itu hasil siasatan oleh Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) susulan kerosakan tersebut yang mengakibatkan penggantungan perkhidmatan di antara stesen LRT Masjid Jamek dan stesen LRT Bandaraya semenjak 27 Januari 2023.