Sindiket pengubahan wang haram tumpas

Sinar Harian 2023-02-22

Views 2

Sindiket pengubahan wang haram tumpas

BERITA SEMASA 22 FEBRUARI 2023

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar satu sindiket penipuan pelaburan membabitkan RM1 bilion ringgit didalangi oleh warga Britain dalam serbuan di sekitar ibu negara dan Pulau Pinang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Op Tropicana ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Cyber Security Malaysia, Telekom, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Menurut Tan Sri Azam, 24 serbuan dengan kaedah risikan ‘lntelligence base investigation’, financial investigation, covert operative, undercover dilakukan di tiga pusat panggilan atau 'boiler room', syarikat dan kediaman ahli sindiket.

Ahli-ahli sindiket ini terdiri daripada warga Australia, Britain, Afrika Selatan dan Filipina.

Mereka dipercayai menipu mangsa terdiri daripada warga Australia dan Britain dengan memperdayakan mereka untuk membuat pelaburan tidak wujud.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin yang mengetuai serbuan tersebut mengesahkan 11 individu disyaki terlibat dalam kegiatan tersebut ditahan manakala 70 orang ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

Share This Video


Download

  
Report form