Gempa Turkiye: Dua beradik bertahan tiga hari tanpa makan minum
BERITA SEMASA 21 FEBRUARI 2023
Tanpa makan dan minum malah tersepit di bawah runtuhan selama tiga hari merupakan penderitaan dan kenangan paling tidak dapat dilupakan sepanjang hayat buat dua beradik ini yang berasal dari Antakya, Turkiye.
Munir Abdul Razak 17 tahuan dan adik bongsunya, Majid 13 tahun ketika itu hanya menyerah kepada Allah jika ajal datang menjemput.
Mereka adalah sebahagian daripada ribuan mangsa tragedi gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang meragut lebih 40,000 mangsa di Turkiye dan Syria itu.
Bagi meringankan beban keluarga itu, Sinar Harian bersama NGO Syria Care dan Task Emergency Medical Service mengunjungi keluarga malang itu bagi menyalurkan bantuan.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank Sinar Karangkraf Sdn Bhd, 564276-529068.
Ikuti laporan wartawan Sinar Harian, NURUL RIDUAN NOR ASHAHA yang berada di Turkiye.
Artikel: https://bit.ly/3YLmAyp
Music: Around the Sun (Ziv Moran feat Oren Tsor) by Artlist.io
#SinarHarian #SinarTerkini #GempaBumiTurkiye #GempaBumiSyria #SAR