Kapal Tempur Pesisir (LCS) pertama yang dijangka siap pada 2024, akan mula beroperasi sekitar 2026 kerana perlu menjalani beberapa ujian dan penilaian.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kapal LCS tersebut perlu melalui sekurang-kurangnya dua ujian.
Ia melibatkan penilaian di pelabuhan dan pelayaran, yang mana kedua-dua ujian berkenaan dijangka mengambil masa antara 20 hingga 24 bulan.
Bagaimanapun, jelas beliau pembinaan kapal LCS pertama ketika ini hampir selesai dengan kelengkapan utama seperti enjin, kotak gear dan bebaling telah dipasang.