Sabah dan Sarawak bakal menerima peruntukan tambahan dalam Belanjawan 2023 bagi memacu pembangunan keusahawan di kedua-dua negeri itu.
Menteri Pembangunan Koperasi dan Usahawan, Datuk Ewon Benedick berkata beliau yakin permohonan peruntukan tambahan yang dibuat kementeriannya akan mendapat respon positif Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.