Lampu Jalan | Sabah terima RM4.9 juta berbanding permohonan RM15.6 juta

AWANI 2023-02-16

Views 0

Peruntukan yang diterima Sabah masih tidak mencukupi berbanding yang dimohon bagi membaik pulih lampu jalan di jalan Persekutuan seluruh negeri itu.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata peruntukan yang dimohon adalah berjumlah RM15.6 juta bagi tempoh 2020 hingga 2023.

Bagaimanapun, Sabah hanya menerima peruntukan tahunan sebanyak RM4.9 juta bagi tempoh sama.

Share This Video


Download

  
Report form