Selepas beberapa hari berada di Turkiye, gabungan NGO diketuai Global Peace Mission (GPM) Malaysia menuju ke Syria bagi agihan bantuan seterusnya.
Pergerakan bermula dengan perlu melepasi sempadan Turkiye-Syria.
Ketua Misi GPM, Salman Yusop berkata, bantuan di Syria turut tertumpu kepada peralatan misi SAR termasuk sewaan jentera berat.