Sudah 35 hari berturut-turut, jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes.
Berdasarkan kepada portal KKMNOW, jumlah kes pada Sabtu menunjukkan peningkatan sedikit ke 259 berbanding 255 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.
Daripada angka 259 itu, 5 adalah kes import.