Selain misi bantuan oleh Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Malaysia merancang mewujudkan hospital lapangan atau field hospital di Turkiye, susulan gempa bumi yang melanda negara itu dua hari lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media pasca mesyuarat kabinet pada Rabu memaklumkan, bantuan ke Syria juga akan diselaraskan melalui Pertubuhan Palang Merah.