Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada tiga bekas ADUN Warisan untuk memutuskan sama ada mahu menyertai parti itu atau sebaliknya.
Jelas Ketua Menteri Sabah itu, sebarang keputusan oleh tiga ADUN itu sudah pasti mengambil kira masa depan politik mereka.