Warga Indonesia tipu jual batu delima dipenjara

Sinar Harian 2023-02-08

Views 3.7K

BERITA SEMASA 8 FEBRUARI 2023

Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara dua tahun lapan bulan dan tiga sebatan di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan semalam kerana memperdaya seorang wanita warga emas berhubung jualan batu merah delima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Tertuduh, Salim berusia 44 tahun itu dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah menipu seorang wanita berusia 68 tahun dengan memperdayakannya dan dengan curangnya mendorang wanita itu untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM12,500 kepada tertuduh.

Artikel: https://bit.ly/3jEFU14

#BeritaSemasa #SinarHarian

Share This Video


Download

  
Report form