Kerajaan akan membuat penilaian sekiranya pertambahan pasukan mencari dan menyelamat diperlukan ke Turkiye dalam masa terdekat. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, arahan itu diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan permohonan daripada Kerajaan Turkiye pada Isnin.