Belasungkawa | KPM zahir dukacita pemergian dua guru terlibat kemalangan

AWANI 2023-02-06

Views 0

Kementerian Pendidikan (KPM) menzahirkan dukacita atas pemergian dua guru Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang dalam kemalangan berhampiran susur keluar Plaza Tol Cheneh, Kemaman di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), petang semalam.

Menterinya Fadhlina Sidek menerusi hantaran di Facebook mengucapkan takziah kepada waris keluarga Arbain Baharudin, 47, dan isterinya Rosmawati Bakar @ Lalar, 48, serta warga Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.

Share This Video


Download

  
Report form