Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa keputusan untuk tidak pulang ke Langkawi selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Parlimen berkenaan bukanlah disebabkan dirinya merajuk.
Sebaliknya, menurut beliau, ia disebabkan rasa kecewa terhadap pengundi-pengundi kerana menolaknya yang bertanding atas tiket parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) untuk diangkat sebagai ahli Parlimen Langkawi.