Banjir di Kedah dan Sarawak semakin pulih apabila pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu, ditutup sepenuhnya pada 2 petang hari ini.
Di Kedah, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu Abdul Rahim Khairuddin berkata keadaan cuaca cerah membantu air untuk surut dengan cepat dan membolehkan kesemua 35 mangsa banjir daripada 11 keluarga di mukim Relau di PPS Sekolah Kebangsaan Relau, kembali ke rumah masing-masing.