Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan bom bunuh diri ke atas sebuah masjid di Peshawar di Wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan pada Isnin.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa, rakyat dan kerajaan Pakistan.