Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dalam pemilihan parti itu nanti. Tengku Zafrul menyifatkan langkah itu signifikan dalam usaha membina ‘tapak’ politik khidmat bagi tempoh jangka masa panjang.