Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS), berharap KPM tidak menarik balik Elaun Khas Mengikut Lokasi Dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) terutama bagi penerima kategori Pedalaman 1 (P1).
Ia susulan kebimbangan semakan semula kelayakan penerima elaun khas bagi kategori P1, P2 dan P3 itu mungkin akan membatalkan kemudahan berkenaan yang telah meringankan beban guru di pedalaman selama ini.