BERITA SEMASA 27 JANUARI 2023
Barisan Nasional akan menentukan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri di enam negeri hanya selepas keputusan laporan 'post mortem' Pilihan Raya Umum Ke-15 parti itu diperolehi dalam tempoh terdekat.
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan bagaimanapun tidak menolak kemungkinan BN akan bekerjasama dengan PH seperti mana kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri di sebuah hotel dekat sini pada Jumaat.
Artikel: https://bit.ly/3HglGTh
#BeritaSemasa #SinarHarisan