Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu untuk menuntut insentif program penjana kerjaya PERKESO sebanyak RM1.12 juta.
Tertuduh, Mohd Eszahar Mansor, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini.