Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 kali ini bukan sahaja jadi medan kepada ahli parti itu menentukan masa depan mereka dalam kancah politik tanah air, malah ia turut ‘diintai’ dengan penuh minat oleh sama ada rakan gabungan mereka dalam Pakatan Harapan (PH), mahupun bekas rakan gabungan mereka dalam Perikatan Nasional (PN).
Wujudkah percubaan untuk campur tangan dari dua entiti politik ini dalam PAU? Apa kedudukan Zahid dan kesannya kepada kestabilan kerajaan? Berbaloikah Umno bekerjasama dengan PH yang di dalamnya ada DAP?
Ikuti analisis isu ini,'Kelibat' Anwar, Muhyiddin dalam PAU? dalam Plot Twist Episod 01 bersama hos, Haizir Othman.