Iman Research memenerusi laporan analisis sentimen Pilihan Raya Umum ke-15 mendedahkan geografi memainkan pengaruh yang lebih besar dalam menentukan corak pengundian melibatkan rakyat di negara ini.
Melalui analisis itu juga, Iman Research menyatakan pola pengundian orang Melayu adalah paling pelbagai dalam PRU15.
Begitupun, analisis itu menyifatkan situasi itu sebagai biasa kerana terdapat beberapa parti politik Melayu bersaing untuk mendapatkan segmen undi sama.