Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung.
Amaran yang berkuat kuasa sehingga 22 Januari dikeluarkan bagi Kelantan serta beberapa kawasan di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu serta Marang.