[MUM] Maruah seorang wanita

Sinar Harian 2023-01-23

Views 11


Sebut sahaja nama Che Puan Sarimah Ibrahim di dalam industri seni sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.

Bukan saja dikenali sebagai pengacara hebat, malahan Che Puan Sarimah juga sudah membuktikan kemampuannya dalam bidang lakonan, nyanyian dan penyampai radio.

Ramai yang memuji penampilan beliau yang dikatakan masih kekal anggun, ceria dan awet muda walaupun sudah memasuki usia 44 tahun.

Namun, siapa sangka wanita yang terkenal dengan sikapnya yang ceria ini pernah mengalami masalah kemurungan sehingga terpaksa berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Ikuti perkongsian wanita hebat bernama Che Puan Sarimah Ibrahim dalam program MUM pada 23 Januari, jam 3 petang hanya di seluruh platform digital Sinar Harian.

Muzik: Inspire-Benjamin Tissot dari https://www.bensound.com/royalty-free-music/track/inspire

#SinarHarian
#MalaysiaBerintegriti
#RasuahBusters
#MalaysiaTanpaRasuah
#MUM

Share This Video


Download

  
Report form
RELATED VIDEOS