Anak artis popular era 90-an dipenjara 13 bulan kantoi dadah
BERITA SEMASA 17 JANUARI 2023
Anak seorang artis wanita yang popular era 1990-an dikenakan penjara selama 13bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dan memasukkan dadah ke dalam badan, Oktober tahun lalu.
Majistret, Saiful Sayoti turut memerintahkan tertuduh Syarra Sudarman, berusia 29 tahun itu menjalani tempoh pengawasan selama tiga tahun.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didapati memiliki dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 1.72 gram di sebuah hotel di pekan Kuala Pilah lebih kurang jam 11.45 pagi, 12 Oktober 2022.
Artikel: https://bit.ly/3HaHAZd