Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenal pasti 'kebocoran' kewangan antara tiga hingga empat bilion ringgit kepada parti dan tokoh politik sejak dua bulan beliau berada di Kementerian Kewangan.
Dalam masa sama, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan boleh menjimatkan sehingga 10 bilion ringgit daripada kebocoran seumpama itu jika ada kerjasama terutama di kementerian penting itu.