KPI Menteri | Rakyat mahu utamakan hapus rasuah, salah guna kuasa

AWANI 2023-01-16

Views 0

Salah guna kuasa dan rasuah merupakan isu yang rakyat mahu kerajaan hari ini utamakan, selain petunjuk prestasi utama (KPI) Menteri.

Profesor Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, UPM, Prof Dr Zaid Ahmad berkata, untuk mencapai hasrat tersebut, penjawat awam perlu memainkan peranan yang lebih berkesan.

Jelasnya, perkara itu selari dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu warga perkhidmatan awam membuat teguran terhadap Kerajaan Perpaduan yang didapati melanggar tindakan undang-undang.

Share This Video


Download

  
Report form