Butir Matan Palsu | Tiga termasuk dua pegawai penguatkuasa ditahan SPRM

AWANI 2023-01-16

Views 0

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai penguat kuasa sebuah agensi dan seorang pengurus syarikat swasta kerana dipercayai menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi kerja-kerja perkhidmatan dan pembaikan bangunan di sebuah daerah di Sarawak pada tahun 2019.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 30 hingga 40-an itu dipercayai ditahan ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Sarawak pada Isnin.

Share This Video


Download

  
Report form