31 penduduk di Kampung Sri Menanti Tawau Sabah, tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka hangus dijilat api pada awal pagi Ahad.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.51 pagi.