Isu bekalan dan harga minyak masak di pasaran mampu distabilkan dalam tempoh terdekat sekiranya permintaan terhadap tenaga pekerja asing di sektor perladangan dipenuhi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub menjelaskan, kekurangan tenaga kerja asing itu didakwa menjadi masalah yang dibangkitkan pemain industri perladangan.