PAU2022: Pendedahan Zahid boleh 'makan diri' - Penganalisis
BERITA SEMASA 13 JANUARI 2023
Tindakan mendedahkan 10 Ahli Parlimen BN termasuk daripada UMNO menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri boleh ‘memakan diri’.
Penganalisis politik, Dr Ahmad Atory Hussain berkata, tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu juga disifatkan sebagai ‘ketakutan’ dalam menghadapi pemilihan jawatan Presiden.
Menurut Ahmad Atory, pendedahan itu juga akan memberikan tanggapan serong kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid kerana sanggup ‘berkomplot’ dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekerjasama dengan DAP sedangkan akar umbi UMNO berpegang teguh terhadap prinsip No Anwar, No DAP.
Artikel: https://bit.ly/3GGyNN8
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2022